Pages

20 March 2014

Craving for Chocolate!

Kalau nakdiikutkan, aku ni bukan lah peminat yang tegar sangat terhadap makanan yang suwit-suwit nih. Lagu Tegar tu aku minatlah. kah!Tapi kalau datang angin meroyan tetiba tuh, boleh jugak lah sampai tahap nak mengalir airmata kalau tak dapat. 

Kalau nak bilang dengan jari, mungkin 4 hingga 5 kali je setahun aku makan chocolate. Aiskrim pun sama. Ah, tak kira lah apa pun kalau jenis didalam kategori dessert tu memang jarang sangat nak pandang. Jeling-jeling boleh sambil teguk air liur laju-laju. Aku macam probia sikit kalau bab-bab suwit ni. Sebab takut akan gemok yang chomel gitu. 

Kalau nak dikatakan, chocolate yang paling aku suka mestilah cadbury. Cokelat lain pun ok asal yang ada almond gitu. Gigit-gigit rasa crunchy-crunchy. Tapi kalau cadbury die punya cokelat memang ummphhh! Pekat dan likat.

Ni apesal pulak tetiba sangat aku nak post pasal cokelat pulak kan. Ekceli tetiba sangat hari ni aku rasa nak makan cokelat yang amat. Nasib lah dalam fridge ada, Terus amik seketul dua buat hilang mengidam. Lepas ni dah azam dalam hati, cewah! azam tu. Nak pergi shopping cokelat banyak-banyak! Bulan 4 nanti mak aku nak fly pergi langkawi. Boleh buat muka kesian mintak belikan cokelat banyak-banyak!











Bila aku post gambar ni dekat Facebook, ramai jugak yang tahap mengidam macam aku. Ingatkan aku je yang meroyan nak makan cokelat. hahahhaa..asal boleh laaaa. 

No comments: