Pages

14 March 2014

Dikelilingi orang yang baik-baik


Siapa yang tak nak ada kawan-kawan yang baik kan. Aku syukur sangat-sangat aku dikelilingi kawan-kawan yang baik. Semenjak dua menjak ni mood aku macam tak stabil. Nak makan pun malas apatah lagi nak masak. Lebih rela berlapar dan dengar perot berkriuk kriuk.

Tapi alhamdulillah even tahap kemalasan aku sangat lah melampau, aku tak pernah lagi kebuluran. Ada saje housemate yang baik hati tolong hulurkan makanan disaat aku kelaparan. Ketuk pintu bilik dan bagi semangkuk tom yam. Ketuk pintu bilik ajak makan nasi sama-sama sebab dia ada masakkan sambal ikan bilis. Terharu. Tapi siyes, housemate aku tu namanya Zira, sambal bilis dia memang sedap.

Lagi-lagi barang dapur dah kering-kontang. Bukan berjimat tapi tahap kemalasan aku nak shopping barang-barang dapur sangat lah maksima. Entah bila lah tahap kemalasan ni boleh pudar. Aduhai. Aku terharu. Kekadang tu ada kawan mesej "cik sieyla, boleh keluar rumah tak. saya ada dekat depan rumah cik sieyla ni nak bagi something". Rupa-rupanya kawan hadiahkan sebekas cheesy wedges dan tiga keping popia basah! terima kasih kawan. Kenyang perot aku malam tu. *gosokgosokperut*

Sekarang aku sedar. Selagi kita buat baik dengan orang, selagi tu lah kita akan dikelilingi kawan-kawan yang baik jugak. Give and Take. Apa yang kita hulur tu, itulah yang akan kita dapat. 



"The best moment in our life is when we surrounded with good AND caring people"  



*Lovenote*
Tengah taip entri ni, datang pulak housemate si Nisa hantarkan semangkuk buah anggur. kenapa ramai sangat yang baik-baik ni..AI tak biasa lah *gedik*. thanks and syukur!


No comments: