Pages

14 March 2014

DIY: Brown Box for Doorgift


Haritu ada mintak dengan munik brown paper dari kilang tempat dia kerja. Planning sebenar nak buat paper bag yang kaler cokelat tuh. Nak diy sendiri. Kalau beli paper bag yang macam goreng pisang tu aku macam tak puas hati sangat. Yela, dah la nipis. Aku pulak nak isi balang kaca dalam tuh. Tak ke terburai nanti kan. Brown paper yang munik bagi ni 175gsm kalau tak silap. Tebal sikit. 

Ikutkan nak buat brown paper bag dalam 20 aje. Tu pun just nak bagi belah munik. Kira macam special lah sikit konon-konon. Untuk tetamu dan sedara mara just bagi hand on aje balang kaca tu. Deco-deco sikit siap lah kan. Bab brown paper bag dah setel, tapi bila tengok paper banyak jer yang terlebih-lebih. So, datanglah idea nak diy box. Nanti boleh letak balang kaca dalam tuh. Ha, baru nampak ekslusif gitu. Tak de lah nampak togel sangat.

Maka dengan tekunnya aku diy sendiri Box tu. Buat template sendiri. Gunting + gam. Siap. Senang aje ghopenye ye dak.


Ni lah planning sebenarnye. Nak letak balang kaca. Tampal-tampal reben sikit. Then letak sekuntum crepe flower. 
Tunggu!


Ni just template untuk penutup box. Setiap penutup box tu aku ukur then aku tandakan. Jenuh jugak lah nak siapkan 50 penutup. huhuhuhu


Untuk tapak penutup adalah berukuran 8.5cmx8.5cmx8.5cm. Besar sedikit dari size sebenar 'badan' box tu.



Penutup box yang dah siap


Tara!
Still nampak togel. Untuk hasilkan brown box ni aku still tak keluarkan apa-apa modal. Kire modal tenaga dan masa je lah kan. 
Tak kisahlah yang penting puas hati dan Follow apa yang aku nak.


3 comments:

Nazwani Mahat said...

salam..nak tanye, mane nak cari brown paper camtu eh?

Nazwani Mahat said...

Salam,.nak tanye, mana nak cari brown paper cmtu eh?

sieyla alissa said...

@Nazwani ; brown paper tu sy carik dekat kilang kertas.kebetulan hubby kerja sana. tapi xsure ada jual ke x in market. sorry.