Pages

21 March 2014

Jadi Pengapit

Mood dah tak down. Dah ok sangat ni. Aku malas sangat kalau takde mood nak tulis entry nanti habes merapu-rapu aku tulis nanti kang. Tak semena-mena orang boleh tahu perangai aku yang tah pape nih. mihmihmih.

Okaylah, aku nak cakap pasal pengapit sebenarnya. Sekarang ni kan musim orang kawen. Situ sana sini jemputan kahwen. Tapi aku tak pergi pun. Kalau aku pergi pun haruslah yang dekat-dekat je. Kalau yang jauh-jauh perlu ada driver yang hantarkan. bajet sangat nih..Tahun lepas paling jauh aku pergi adalah nun disebelah Perak sana. Majlis Jijah. Eh, Jijah dah pregnant tau. Ehem3.

Tahun lepas adalah 2 orang kawan aku, kira kawan baik lah time skolah rendah sampai lah sekolah menengah. Masuk mrsm pun sekali. Kira macam jodoh tu kuat jugak lah kan. Dia kawen tahun lepas and mintak aku jadi pengapit. Aku macam susah sikit nak bagi keputusan time tu sebab aku ada dekat melaka die ada di terengganu. Last-last aku cancel cakap ada hal. Bila pikir balik, aku ni macam selfish sangat! Apa salahnya aku luangkan masa untuk kawan sendiwi kan. No wonder lah kawan-kawan yang aku rapat masa old skol dulu dah tak hengat kat aku disini. Sobsobs. Dorang hangout pun sesama dorang aje. Tapi tak kisah lah. huhuhuhu

Dan tahun ni pulak, ada sorang kawan mintak aku jadi pengapit. Tapi aku takde lah rapat sangat pun dengan dia. Kenal pun kawan atas kawan. Sekali lagi aku macam selfish, aku mintak die carikan orang lain. Yela, kenduri tu pun belom tentu aku boleh attend. Risau jugak last-last minit aku terpaksa cancel ke hape ke. Kesian jugak tapi aku rasa pengapit ni better cari kawan yang betul-betul rapat. Boleh suruh datang awal satu hari ke. kan. nanti senang boleh mintak pakaikan inai. herherher




No comments: