Pages

24 March 2014

Lepaking at Dataran Pahlawan


Plan asal sebenar-benarnya nak tengok wayang. Awal-awal tu si 0del yang ajak lepak. Aku on je lah sebab pikir dah nak balik kampung, tah biler lagi boleh lepak sama-sama kan. Ingatkan nak merempit lah pergi DP, Last-last 0del cakap adik die nak join, eh kawan adik die ada jugak eh! cik ema pun join. Adui. aku macam malas jugak lah kalau pergi sana naik bus mahu pitam dan muntah hijau karang. Dah lama hoi tak pergi DP naik bus, paling-paling koman pun tahun 1 degree dulu. dah lama sangat!

Nak tak nak join jugak lah aku even hati berbelah bagi. Kalau cancel last minit dorang cakap apa pulak kan. Lagipun boleh jugak lah hilang stress yang tak sudah-sudah tu. Tapi bila sampai DP, aku macam malas pulak nak tengok wayang, dah alang-alang nak balik kampung boleh jugak lah aku shopping baju adik aku sehelai sorang. So bisik-bisik dekat cik ema, cik ema pun cakap tak nak tengok wayang. Yes! ada geng.

So berpecah lah kitaorang. Aku dengan cik ema hayun kaki laju-laju masuk keluar masuk keluar kedai-kedai. Bagai nak tercabut kaki dan peha ni ha. Bayangkan lah tak henti-henti berjalan. Balik umah, bangun pagi keesokkannya habes bengkak-bengkak. Jalan pun dah macam tak betul. Tapi puas hati lah. Kalau dengan kawan perempuan ni best sikit lah nak shopping. Takdelah muka monyok ke hape kan bila kita pilih barang-barang lama giler. Kalau dengan lelaki, tak kuasa lah kita nak pilih barang sambil belek-belek bagai. Baik terus capai dan bayar.

Tapi dengar-dengar semalam semua pakat demam gara-gara berjalan sakan sangat. Naseb lah korang. Aku pun badan lemah sangat ni. Entah keracunan angin DP kot pakat semua jadi tak sihat. Aduhai. Time pergi DP tu adalah sorang perempuan ni panggil aku, Sila! Sila! aku macam tak cam sangat tapi still lah aku senyum salam dan cup cup pipi semua tu. Sembang punya sembang aku still lagi terpikir kawan mana pulak kan. Kawan matrik ke mrsm? last-last ooooo....kawan matrik, yes! entah apa lah aku ni kan. Kawan semua senang sangat nak lupa. Pergi MC pun ada sorang lelaki nie tegur aku. Yang ni pun aku kurang ingat, pikir punya pikir baru teringat junior dekat Utem. hahahha.. kau bajet kau retis kan pergi mana-mana orang tegur? puiii









**

No comments: