Pages

10 March 2014

Misi mencari baju Tunang

Sabtu dan Ahad dah alang-alang banyak sangat masa terluang sekarang ni, pergi lah lepak Shah Alam. Ekceli takde pun plan nak carik baju tunang. Dah frust sangat dah sebab carik baju yang nak tak jumpa-jumpa. Kalau beli 0n9 tu berlambaklah yang canteq-canteq lawa-lawa. Tapi macam tak konpident jeee nak beli.

Dah sampai Shah Alam tetiba sangat munik cakap "ha, dah alang-alang ada dekat sini ni, jom lah carik baju". aku macam speechless sangat! hahaha. dalam hati kemain. terus cakap "mana ada duit". hihihihihi. Sebab hari tu munik dah bagi aku 800 untuk beli cincin dan barang-barang hantaran. Beli punya beli ada lah balanca dalam 200 lagi kot. aku pun dah lupa sebab duit tu dah selamat aku pakai. mihmihmih.. Planning untuk baju memang nak pakai duit aku je nanti. Tapi time munik baik hati sangat ni jangan lah di tolak.hehehhee.nanti rugi wooo.  eh! munik memang selalu jeeee baik hati.

So gigih la dari satu butik ke satu butik aku masuk dekat seksyen 7 tu. Adalah masuk satu butik ni. Kitaorang bajet dalam dompet munik tu ada beribu-ribu kot. Tak sangka termasuk butik Saidatulnisa. Perghh. Baju harga 1350 woo. Ingat anak datuk ke nak beli baju untuk tunang harga ribu riban. tapi siyes lawa. Boleh buat baju kahwen ni. Saidatulnisa ada less 70% sampai akhir bulan march ni kot kalau tak silap. Tapi yang less tu tak lawa sangat lah.. simple tapi after less pun harga still 350. perghh! aku just nak cari baju untuk tunang dalam harga 200 something je. Sebab aku intai dalam dompet munik die spend 300.hihihihi. sempat lagi intai tu even munik tak nak aku tahu. die siap cakap lagi "tak payah lah tengok duit ada berapa. Die bukan boleh ni kalau tahu duit banyak baju harga mahal pun still nak beli". oooo camni awak kan. takpe takpe.

Tapi still hampa. Baju yang aku nak memang harga boleh tahan. Dah puas masuk dekat SACC mall la dan macam-macam butik lah takde yang berkenan. Dah rasa give up sangat-sangat. Tapi naseb lah munik bukan yang jenis macam tu. Kalau nak harapkan aku memang give up aje 24 jam. So munik ajak cari dekat KL pulak. Raya tahun lepas pun cari baju raya dekat area masjid Jamek. Chanteq-chanteq dan harga reasonable.

So moh ler kite gerak pergi Jalan Tar pulak. Kat area-area situ memang banyak butik-butik baju kurung. Pusing punya pusing memang takde yang berkenan. Ada satu butik tu aku macam dah berkenan dah dekat baju kurung moden ni tapi carik munik tak jumpa. Dah la dalam butik tu bersesak orang cari baju kawen. Nak mintak pendapat munik pun susah sebab munik tunggu luar je. So aku keluar dan cakap dekat die tak payah lah cari. macam takde je yang berkenan. Hampa plus penat. Rasa macam buang masa jeee..

Then, Heret jugak lah kaki  sambil mata lilau-lilau carik butik. Tetiba aku terpikir nak ajak munik patah balik pergi butik yang tadi tu. Kebetulan dah tak ramai orang. Heret munik masuk sekali. Then, AKHRINYA! dapat jugak aku beli baju kurung moden yang memang dah lama aku dambakan.Mihmihmih. Harga pun under bajet RM230. Patutnya harga die RM250. Mintak kurang dapat lah save 20hengget. Jadilah daripada tak dapat apa-apa habuan kan.

Tapi......banyak betul dugaan kan. hehhehe. Biasa aku pakai baju yang dah siap size 38. Tapi size yang aku nak tu dah takde. Yang tinggal memang sehelai baju tu aje. Size 40. Besar jugak tu. Tapi sebab dah berkenan sangat-sangat sambar je la. Nanti-nanti boleh hantar trailor mintak alter. Tapi siyes berbaloi-baloi bila tengok baju yang dibeli nih even penatnya ya ampunnnnnnnn! Chomel dan tergoda! auw!




*TEASER*


No comments: