Pages

18 March 2014

RESEPI: Ayam Goreng Percik Berkuah & Kuih Cek Mek Molek


Ayam Goreng Percik Berkuah
(size hidangan: 2 0rang)




Bahan-bahan:
2-3 Peha ayam or bahagian ayam yang lain
Serbuk Kunyit - untuk dilumurkan pada ayam
garam
2-3 batang serai
1-2 keping asam keping
minyak
1 kotak santan (guna 1/2)

Bahan tumbuk or blend
3ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
beberapa tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara-Cara:
Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan. 
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan serai, asam keping dan santan.
Kacau dengan api yang sederhana hingga naik minyak.
Masukkan ayam yang digoreng. Kacau dan perasakan dengan garam. Boleh tambahkan ajinomoto or gula jika suka. Boleh tambahkan cili padi jika suka pedas. Rasakan.
Sedia untuk dihidang




*******


Kuih Cek Mek Molek or Mek Chomel
(size hidangan: 2-3 orang)



Bahan-bahan:
3-4 biji keledek warna oren (warna ungu pun boleh)
1/4 tepung gandum berbanding jumlah keledek
garam
gula
minyak

Cara-cara:
Rebus keledek dengan sedikit garam sampai empuk. Tos dan sejukkan. 
Lenyekkan ubi keledek sampai hancur. Masukkan sedikit tepung gandum. Uli dan gaul sehingga sebati.
Uli dan bulatkan doh sebesar bola ping pong, buat lubang ditengah dan masukkan sesudu kecil gula.
Tutup dan bentukkan doh.
Goreng dengan minyak yang banyak sampai kekuning-kuningan
Sedia dihidang

No comments: