Pages

15 March 2014

RESEPI: Ayam Masak Kurma


Oleh kerana dah sampai tahap segan dan tebal muka ni asyik makan housemate masak aje, maka gigih lah jugak aku angkut 0del pergi beli barang-barang dapur. Aku pun tahu malu jugak. hihihihi..Tapi kan, seriously dengan housemates aku sekarang aku macam ngam pulak coz diaorang pun jenis selamber. Aku masak kau makan. Kau masak aku makan. So takdelah nak segan apa kan.

Memandangkan hari ni hari sabtu, dan semua housemate ada dekat rumah. Maka terpikirlah aku nak masak seperiuk ayam masak kurma. First time try lagipun cara memasaknya memang simple dan bahan-bahan die tak rumit pun. Tak de hal lah kan. Kelatang kelutung sekejap je siapnya..



Nak resepi?


Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah (dihiris)*
3 ulas bawang putih (dihiris)*
1 inci halia (dihiris)*
kulit kayu manis*
bunga lawang*

1 paket serbuk kurma ADABI (ditambah dengan sedikit air-paste)
1 kotak santan
1-2 biji lada besar/lada hidup
1 batang lobak (dipotong)
2 biji kentang(dipotong)
2 biji bawang besar dipotong empat
air

Cara-cara:

Panaskan periuk..Tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau. Masukkan serbuk adabi yang telah dibancuh (paste). Masukkan ayam dan air. Bila mendidih masukkan lobak dan kentang. Kacau dan dengan api yang perlahan masukkan santan. Bawang besar yang dipotong empat serta Garam dan gula. Rasakan dan sedia dihidang.



Simple bukan?


No comments: