Pages

17 March 2014

Terkilan


Oh, sebenarnya ada satu benda yang aku terkilan sangat. Ekceli, 26 February baru-baru ni adalah bufday munik. Tapi boleh bayangkan tak aku takde pun nak bagi present ke, celebrate ke or wish sekalipun. Non ado. Apalah malang nasib munik dapat aku kan. Dah la kuat emo, kuat taching. tambah pulak jenis yang tak pandai nak jaga hati pulak tu. Aduhai. Sori ye bang toyib!

 Walhal seboleh-bolehnya munik try jugak nak celebrate bufday aku dengan cara yang boleh dikatakan agak romantic de amor jugak lah kan. Bagi bunga, suwit betol! Melting tahu? Aku pun tak tahulah apalah yang aku sibukkan sangat time tu. Mungkin sebab bufday aku dengan munik takdelah beza sangat. Aku 23Feb munik pulak 26Feb. Just 3 days only! Agak-agak boleh lebih kurang tak, time celebrate bufday aku tu kira celebrate sekali bufday munik? Boleh gitu?

Harap-harap lah munik baca jugak luahan hati aku nih. Cewah. Dulu-dulu munik rajin lah stalker blog aku. Bila aku post gambar yang dia tak pernah tengok, terus lah dia mesej tanya gambar bila? keluar dengan sape? gitu. Tu kira jeles ke mende eh? mihmihmihmih...Sekarang ni tak tahu lah ada masa ke tidak agaknya dia nak baca semua ni. Penat aku merapu dekat belog semata-mata nak dia baca. hihihihi...

Terkilan terkilan aku pun still jugak tak buat apa-apa. Entah apa lah dalam pikiran munik kan. Tapi apa yang aku perhatiiiiiiii je munik ni, die jenis yang tak suka nak pikir benda yang remeh-temeh. Kontra sangat kalau nak dibandingkan dengan aku. Kalau Aku? masalah besar kuman pun still jugak nak pikir sampaikan tak boleh nak tidur malam. haish! 

Takpelah. Tahun depan still ada lagi kan. Time tu boleh la aku nak celebrate double terus. hahhhaa. Macam bagus je...macam boleh percaya je...kan...Apapun, meh la aku nak tayang gambar aku time aku tahun 4 kot kalau tak silap. Time ni attend majlis graduasi adik munik. Aku jarang nak tayang gambar aku berdua sebab gambar dulu-dulu macam tak cantek je..hahhaha,,,kuno sangat. Kalau gambar sekarang ni pulak, kebanyakkan gambar aku syok sendiri sorang-sorang jek.. Lagipun perasaan nak bergambar tu tak macam dulu dah..



Gambar di zaman kegemilangan. Aku memang tembam time ni. Rasa nak lempang je pipi bagi kempis sikit.
Munik macam terlebih matang la pulak. kahkahkahkah





No comments: