Pages

21 March 2014

Thank for everything and hope you will find a better ones

"Thank for everything and hope you will find a better ones"

Sebab status ni aku boleh kenal mana kawan mana lawan. Aku tahu memang agak childish aku post benda-benda macam tu. Aku bukan nak meraih simpati or nak aib kan orang. Yang pasti aku dah hilang sabar. Aku tahu, tahu sangat! post macam tu akan buat ramai yang happy. Aku belajar, Tak ramai kawan yang datang menghulurkan tisu disaat kite dalam kesedihan. Ramai kawan yang hanya tunggu saat kita jatuh tersungkur. Paranoidnye aku. Kalau ada pun kawan yang baik, itu hanya segelintir je. Tapi tak dinafikan ramai yang inbox dekat pesbuk dan twitter. Ramai yang risau. Aku takde kekuatan lagi nak reply. Apa pun, i'm okay. 

Aku dah terbiasa. Dah banyak kali aku terasa. Dah banyak kali aku pendam. Tapi kadang-kadang aku tertanya "Aku ni tak berhak nak bahagia ke?" "Aku ni memang tak berhak ke nak memiliki apa yang aku impi?" Selama ni aku sabar. Aku try elak dari luah dekat mana-mana. Tapi sampai bila? Aku pun insan biasa. Aku berhak nak marah, aku berhak nak sedih dan aku berhak nak memberontak.

Kekadang aku menangis, kenapa sampai tahap macamni aku diuji. Aku tahu banyak kurang dalam diri aku. Aku cuba muhasabah diri. Baru aku sedar, aku bersandarkan pada landasan yang tak betul. Patutlah diri aku terumbang-ambing. Ya Allah, please guide me in your way.

Ada kawan cakap aku ni kuat. Salute dengan aku. Even masalah besar pun aku still lagi buat macam takde apa-apa. Aku still lagi boleh senyum. Tapi kawan aku tu tak nampak, betapa lemahnya aku. Bayangkan aku hilang semua benda dalam sekelip mata. Sekarang, Apa yang aku impi tak mungkin tercapai. Mana mungkin aku boleh kuat, disaat aku hampir tumbang, aku hanya sorang-sorang? Tiada siapa-siapa di sisi aku. mana mungkin, kawan! di mana kekuatan yang kau boleh nampak? i have nothing and i lost everything.

Lepas ni tak payah lah nak kaitkan aku dengan siapa-siapa lagi. Tak mungkin aku akan bagi siapa-siapa peluang dan harapan lagi. Aku dah serik. Dan aku tak mungkin akan lembut hati lagi. Bertahun-tahun aku sabar. Bertahun-tahun aku pujuk hati aku. Kali ni, i'm sorry!







No comments: