Pages

15 December 2014

Coret-Coret


Alhamdulillah
Dah hampir 4 bulan jadi warga UniSZA. So far, boleh adapt dengan suasana kerja. Kerja under education ni memang tak boleh lari dengan pressure. Yelah, dulu kita jadi student kita tak perlu amik tahu pun pasal pengiktirafan program ke, kod kursus ke, yang kita tahu belajar dan belajar. Akhir semester pulun final exam.gitu. Heaven nya jadik student. Tapi sayangnya kite dah tak boleh undur ke belakang.wuwuwuwu

Tapi sampai sekarang rasa diri ni keldil sangat. Lagi-lagi bila pengarah suruh buat something kita tak boleh nak buat and paling teruk blurr tahap gaban. Tak semanis impian. Mungkin benda ni lah yang mematangkan kite. Tak kan nak jadik student sampai ke sudah kan. Tapi naseb lah dapat bos yang super duper supportive! syukur! 

Tugas as Penolong Pendaftar ni atau lebih dikenali sebagai Pegawai Tadbir boleh dikatakan tugas yang penting jugak. Lagi-lagi kalau ditempatkan di Pusat Kualiti Akademik. Bayangkan semua yang berkaitan dengan Akademik PP lah yang akan orang cari. Outstation, meeting or bengkel memang tiap-tiap bulan akan full. Fuhhh! Lagi satu speaking kena cair jugak tak pun setakat pandai basic english pun dah ok sebab kekadang ada jugak lecturer international akan kol untuk bincang something. Kekadang tu sampai berpeluh-peluh dahi nak explain. Adoiiii. T___T

Eh, rasa jeles pulak dengan kengkawan yang dah habes master. aku jugak ler yang terkandas. Sedih giler sebab impian yang satu tu tidak boleh terlaksana. Bilakah agaknya? Bos pun duk tanya jugak bila nak sambung sebab dia tahu kes aku pasal master tu. Ikutkan malas nak bising yang aku pernah buat master tapi oleh sebab mulut ni gatal sangat terlepas cakap time bos tanya aku dapat elaun berapa time jadi Research assistant dulu terus lah terkantoi. Kebiasaannya GRA je yang akan dapat full RM1500 tu. Kalau RA just ikut gaji jam, so terkantoi lah di situ. wuwuwuwu.

Takpelah mungkin takde jodoh nak konvo lagi sekali kan.









No comments: