Pages

17 December 2014

Hubby & Wifey : Loooooong Distance Relationship


Tak sangka dah masuk 2 bulan 6 hari aku kahwen. gigih aku kira. Tapi asal aku rasa, kitaorang just jumpa 4x jer? OH, my!
 T______T


1. Majlis rumah aku.
2. Jumpa dekat airport KLIA2 - alang-alang aku kena pergi KPT
3. Majlis bertandang belah munik
4. Akhirnya, lepas aku duk zikir hari-hari suruh balik, nampaklah jugak batang hidung menantu Mek nah ning!


4 KALI jeeeeeee jumpa selama 2 bulan 6 hari kawen? Sesak napas! Ekceli, before kawen aku tak pikir sangat pasal PJJ ni. yang aku dan munik amik port, asal kahwen sudehhhh! hahaha. gilo! Padahal tak tahu, PJJ ni memang payah sangat! 

Yela, tengok orang lain hari-hari suami hantar & jemput time kerja Kejelesan itu meluap-luap! orang lain asal habes office hour terkejar-kejar nak balik sebab tak sabar-sabar nak jumpa suami, nak masak untuk suami tapi aku? just mak and adik beradik jeeee yang tunggu depan pintu. Sadis! Munik mana munik???? Gila tak meroyan kan.

Betol lah orang cakap PJJ ni hati kena kuat, kena banyak sabar. Kalau kita sendiri boleh terima pun tapi kalau hari-hari orang persoalkan "munik tak balik keeeeee?" "tak bestnyeeeee kawen kalau macam ko ni," 'eh, dah kawen ke? asal muka laki tak pernah nampak??' kan. boleh bernanah telinga kalau hari-hari orang zikir macam ni, last-last dekat munik jugak aku carik gaduh, ada je benda tak kena. Tapi bila pikir balik, buat apa nak amik port apa orang cakap. Jatuh bangun pun bukan dorang yang ada. Suami jugak yang ada even mulut hari-hari cakap meluat. tak gitu? haha.

Bila hidup PJJ camni dengan suami, KEPERCAYAAN tu paling penting. Aku memang percaya dekat munik, tapi kekadang tu saje je nak carik gaduh dengan dia. Asal lambat je die angkat kol, mesti aku akan tuduh die ada perempuan. Asal die cakap nak keluar dengan kawan-kawan je terus aku kol die. kalau lambat or susah nak angkat memang mati lah munik aku akan soal dan tuduh macam-macam. Padahal jauh di sudut hati aku, bukan aku niat betol-betol pun. hahaha. saje nak saiko.

Nak tak nak even PJJ kena jugak spend time together together kan. Dua bulan kawen pun kitaorang belum sempat nak honeymoon bagai. sadisnya. Tuntutan kerja tu yang payah. Tapi kalau asik pikirkan kerja memang tak kemana lah kan. Aku ok lah lagi, cuti tahunan banyak lagi. Munik tu la..rasanya dah habes kot cuti die. Alahai.....Inai dekat kuku ni pun dah nak habes. Adoi. Tak kire hujung-hujung tahun ni kena jugak ajak munik pergi mana-mana. Kalau tak sempat nak pergi jauh-jauh dalam malaysia pun boleh! 














Your beautiful wife,

Sieyla Alissa










No comments: