Pages

31 December 2014

Hubby & wifey : Manja mengade-ngade


Sejak-sejak kahwen ni, manja aku macam mengade-ngade sangat dengan munik *kenyitmata*. Naseb lah munik masih lagi sabar melayan. Yelah, baru nak masuk tiga bulan kahwen khen. kalau dah bertahun-tahun adanye kena maki. melampau sangat.

Hubungan kitaorang pun Long Distance Relationship. Aku suke keep said that! sebab aku tak suke sebenarnya jauh-jauh ni. Perasaan pun rasa macam tengah kapel je. Lagi-lagi kalau tidur sekali, jantung dup dap dup dap sebab rasa macam buat salah. haha. gilo. 

minggu lepas first time lah aku pergi rumah munik dekat Ijok, Kuala Selangor. Dapatlah jugak merasai pengalaman jadi wife & hubby. mihmih. biasa kitaorang jumpa dekat umah mak aku or dekat airport aje. T_T

So, boleh kenal-kenal a few kengkawan munik dekat sana and kenal kilang tempat munik kerja tu. then, dapat tahu lah hari-hari dia buat apa kalau dekat sana.His routine.Of kos, munik memang asyik tertidur je. haih!  Lepas ni takde lah aku meroyan dan control die dah. Saiko betol aku. macam aku sorang je ada laki.

The best part bila dekat sana, baru nampak ke caring an munik. Kalau takde orang baru die ok. Kalau depan orang nak pegang tangan pun malu. Aku jugak lah tersondol-sondol menyendeng-nyendeng dekat die. haih! malu jugak tau.

Ada satu malam tu munik dah makan malam awal. aku kenyang lagi time tu. so biar dia makan sorang-sorang. Lepas solat sume-sume, aku lepak dalam bilik, munik pulak tengah lepak tengok tv. Ingatkan die betul-betul tengok tv walhal dah selamat krohhh krohhh. So aku kejutkan suruh masuk bilik. T_T

Lebih kurang dalam pukul11 0r 12 tengah malam camtu, perut aku lapar giler. Nak masak aku takut. Rumah yang kilang munik provide tu memang besar giler. Bilik pun berbilik-bilik lah, lebih dari sepuluh bilik. very the scary. So aku ngengade geletek munik suruh bangun. Kacau die tidur. hahaha. Zikir dekat telinga cakap Lapar laparrr laparrrrr. 

Lama jugak kot duk tolak-tolak die biar jatuh katil. tapi tetap jugak tak makan saman. geram betol. Last-last aku tolak hampir-hampir nak tergolek munik dari katil, baru lah die bangun. Lepas tu terus pergi dapur masak maggi goreng siap telur mata lagi. Tenkiu awak! hahaha. apa punya bini lah kan. Bukan pemalas tapi saje nak manja-manja tuuuuuu. *kenyitmata*

Dekat sana, memang hari-hari lah munik masak, aku bangun-bangun pagi dah sedia semua dah. Best sangat, rasa macam princess! Tapi bukan selalu masak pun sebab kitaorang prefer makan dekat luar sebab dah alang-alang makan angin kan.

sempatlah dekat sana aku shopping tudung SBU yang femes tu, pergi Cameron Highland, Bukit Tinggi and Genting Highland! A WALK TO REMEMBER!






No comments: