Pages

10 December 2014

Throwback : The 'AKAD'

Alhamdulillah. after almost 3 year saling kenal mengenal akhirnya disatukan jugak pada tarikh 11 hb 10 2014. Walhal plan nak kawen asal-asal bukan tarikh tu. tapi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan maka perlulah ditunda. tak pe, tunda pun tunda lah asal boleh kawen. herherher. cabaran dan dugaan tak sah nak cerita lah, banyaaaaaak sangat. airmata pun tak sahhhh nak kire lah, berbaldi-baldi. aku kan jenis manjaaaa. stress ke, gaduh ke, menangis dan menangis je aku tahu. pastu lepas seteres dekat munik.. eh, dekat hubby. mak aku marah sebab aku selalu biasakan dengan panggilan munik depan adik-beradik. mak cakap kurang ajar sangat panggil laki cenggitu. mihmihmih. nak buat camne dah terbiasa. munik ok je. haha.

aku rasa B2B takde pun macam aku. boleh dikatakan majlis aku semua last minit. Dengan baju kawen, sampai lah ke pelamin kanopi set bilik tidur semua settel dalam masa 1 minggu nak dekat majlis. kad kawen pun 2 minggu nak kawen baru sibuk-sibuk nak edar. aku jenis kalut sebenarnya tapi oleh sebab time tu baru nak adapt dengan suasana kerja maka buat lah preparation majlis kawen seadanya. yelah, baru dapat kerja dah sibuk nak kawen. padam muka. tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar. terima kasih mak! mak aku lah orang yang paling memahami dan menjadi tulang belakang aku dari dulu, kini dan selamanya. cuppp! cuppp!

so sekarang dah official jadi wife kepada Mohd Asmuny bin Mohamad. Kitaorang LooooooooooooongDistanceRelationship. Longggggggg tu kasi panjang sebab tersangat lah jauh. Aku di Terengganu dan Munik di Kuala Selangor. I'm okey with that. ewah, walhal time meroyan hari hari zikir dekat munik suruh balik. muaahahahaha.

so far, feeling jadi wife ni tak boleh nak describe dengan kata-kata. Hanya perasaan je yang tahu rasa macamana. cewah. Bestttttttt and rasa wow! aku istewi oranglah! tapiiiiiii saham dah mula turun lah, hahaha. ok. joke!




Nak dijadikan cerita, time akad nikah tu terjadi satu eksident! Boleh pulak tok kadi tak sampai sampai. Bayangkan waktu akad sepatutnya jam 9 pagi tapi bayang tok kadi tak muncul-muncul.Time tu dah pukul10 lebih. Time tu aku duk pikir je, agak-agak jadi tak nak nikah hari ni kan. adoi. boleh pulak tok kadi terlewat bangun. T___T


Ekceli mekap untuk akad nikah tak upah MUA pun. Just mintak tolong mak su yang touch up. Sebab aku nak yang simple-simple je. Lagipun just untuk akad je kannnnnn.









Imamku dan tulang belakang aku
Moga hubungan ini berkekalan hingga hujung nyawa dan ke syurga
Moga aku dapat menjadi isteri yang solehah dan yang akan selalu menyenangi hati suamiku, yang selalu menjadi pendengar yan baik, yang setia berada disamping suamiku tika susah dan senang. Ya Allah, berkatilah perkahwinan ini. Sesungguhnya hanya dia yang boleh menjadi pelengkap kekuranganku. 
Amin.


No comments: