Pages

19 January 2015

6 Weeks!


hai.. sejak budak-budak ofis eh mak budak lah kot sebab semua ahkak-ahkak sangat. Aku je yang paling bongsu dekat office sini..Haaaa...lepas dorang tahu yang aku pregnant, hari-hari lah dorang tanya....... tak alahan ke? tak muntah?? tak pening-pening?? Aku dengan steady nya jawak TAK! TAK! okey je.. makan bukan main berselera.

Entahlaaaa. tanya pengalaman orang semua cakap time dorang pregnat, teruk sangat! ada yang takleh bangun terus, tak boleh bau ini bau itu, makan itu makan ini! so far, aku takdelah sampai tahap macam tu. mual-mual biasa lah.. kadang pening pun ada timing dia. dalam pukul1-2 petang gitu. kadang time nak balik keje, time nak drive dalam pukul5 lebih camtu mula la rasa pening-pening lalat. tapi okey lagi lah. Aku kalau boleh malas nak manja-manjakan badan sangat even sekarang rasa malas sangat nak pergi kerja. kan best kalau boleh duduk rumah jeeeeee.phew!

Alhamdulillah! syukur awal-awal ni boleh lakukan kerja macam biasa. tapi tak tahu lah hari-hari yang mendatang. tapi takpe, sakit kan penghapus dosa. boleh jugak nipiskan dosa yang ada.




14 January 2015

Hamil.



Awal-awal kahwin tu macam tak rancang pun nak dapat baby cepat-cepat. Sebab pikir nak enjoy and fokus pada kerjaya dulu. Yelah, kerja pun tak sampai setahun pun lagi. Lagipun kitaorang ni PJJ, banyak benda kena pikir. Kang kalau ter'pregnant cane nak uruskan baby khen. So, pakai kaedah selamat sudah,

Tapi munik nak je dapat baby cepat. Sebab dia pikir dia dah TUA sangat. Walhal baru umur 28 kot! Selalu dia cakap " cane kalau umur sekarang kita takde baby and then dah tua baru dapat baby, time tu nak anta anak masuk Universiti kite dah kerepot dah " . tu je lah ayat dia hari-hari. 

So, oleh sebab aku ni istewi mithali sangat *ehem* turutkan lah si suami. Walhal, aku takde nak prepare mental and fizikal pun. Last-last bulan 12/2014 macam pelik period tak datang-datang. Biasa tarikh aku fixed. Tak 28 hari maybe dalam 30hari camtu. Kadang terawal. Badan pun rasa macam berat and punggung pun rasa pelik je... Adalah perubahan-perubahan sulit yang lain. Hehehe. So, 4 Januari 2014 tu try lah uji pakai pregnant tester. 

Gigih la aku bangun pagi-pagi, sebab masa yang afdal adalah waktu pagi. Lepas solat subuh, terus cek. Time ni sorok-sorok masuk toilet sebab takut mak nampak. haha. Alhamdulillah. Double line. Result pun clear and cepat!



Petang tu ajak kaklong temankan pergi klinik NorAzlina untuk confirmkn pregnancy. Munik suruh tunggu dia dulu sebab minggu depan dia balik, nak pergi sama-sama lah konon. Tapi aku macam malas nak tunggu dia. haha. Lambat sangat ekpon! 

Alhamdulillah. Doc pun dah confirmkan, I'm Pregnant 5 Weeks! Tapi sekarang dah masuk 6 Weeks! How time flies!

Sekarang ni simptom-simptom takdelah teruk sangat. Just mual-mual kadang-kadang. Muntah pun just pagi-pagi time gosok gigi. Badan macam penat jugak, dah tak boleh berdiri lama-lama. Tapi aku jenis wak dekk je. Malas nak manjakan body sangat. Still lagi boleh drive dari rumah ke office even amik masa dalam 50minit jugak. Owes mengidam colek mempelem even before ni tak suke sangat! Suka makan oren cina. Hari-hari suke tengok gambar makanan yang sedap-sedap sambil meleleh air liur. Asyik lapar dan lapar. 

Harap-harap aku boleh kuat dan tak manja. Sebab aku ada tanya akak office, die time pregnant teruk, asyik menanges je. Penat menanges, muntah nak nanges. Dia takpe, nanges-nanges pun laki ada boleh pujuk. ai takde. sadis!

Awal-awal tahu pregnant macam-macam aku pikir. Macam tak eksaited sangat sebab aku tak prepare pun nak pregnant. Tapi makin lama, makin tak sabar. Lagi-lagi nampak gambar baby yang chomel-chomel. InsyaAllah, aku yakin sangat, kelahiran baby ini adalah satu rezeki. Mungkin ada rezeki yang aku dan munik tidak nampak lagi.















Ekceli aku risau dengan kerja. Sekarang pusat aku tengah bizi, macam-macam bengkel kena atur, lagi pulak semua dekat luar. So macam risau di situ. Tapi takpe, hari-hari aku gosok perut suruh baby behave! Tehehehe......


Baby ke babies?


>.<