Pages

19 January 2015

6 Weeks!


hai.. sejak budak-budak ofis eh mak budak lah kot sebab semua ahkak-ahkak sangat. Aku je yang paling bongsu dekat office sini..Haaaa...lepas dorang tahu yang aku pregnant, hari-hari lah dorang tanya....... tak alahan ke? tak muntah?? tak pening-pening?? Aku dengan steady nya jawak TAK! TAK! okey je.. makan bukan main berselera.

Entahlaaaa. tanya pengalaman orang semua cakap time dorang pregnat, teruk sangat! ada yang takleh bangun terus, tak boleh bau ini bau itu, makan itu makan ini! so far, aku takdelah sampai tahap macam tu. mual-mual biasa lah.. kadang pening pun ada timing dia. dalam pukul1-2 petang gitu. kadang time nak balik keje, time nak drive dalam pukul5 lebih camtu mula la rasa pening-pening lalat. tapi okey lagi lah. Aku kalau boleh malas nak manja-manjakan badan sangat even sekarang rasa malas sangat nak pergi kerja. kan best kalau boleh duduk rumah jeeeeee.phew!

Alhamdulillah! syukur awal-awal ni boleh lakukan kerja macam biasa. tapi tak tahu lah hari-hari yang mendatang. tapi takpe, sakit kan penghapus dosa. boleh jugak nipiskan dosa yang ada.




No comments: