Pages

14 December 2017

3rd Anniversary Celebration 11 Okotober 2017 @Bukit Panorama Kuala Terengganu - The Best View and Place


Assalamualaikum.

Happy 3rd Anniversary To Me. Alhamdulillah another 2 years nak lepasi Fasa Pertama. Memang betul lah orang cakap, fasa pertama ni memang banyakkkkkkk beribu lemon banyaknya dugaan. Hati kena kental. Kena Kuat. Kalau tak bahtera yang dibina boleh tenggelam. Karam di tengah lautan. Kalau takkkkk memang senang-senang je la cik bab* datang menyondol. Tak gitu? Tapi alhamdulillah, setakat ni memang takde lah masalah sebegitu rupa dan mintak-mintaklah dijauhkan. 

Sebenarnya dah lama sangat celebrate anniversary ni. 11 Oktober 2017. 1st Celebration hari tu tahun 2015 sempat celebrate dekat Floral Cafe @Ampang Walk. Lawa sangat tempat dia. Romantic de Amor. 2nd Anniversary memang tak celebrate mana-mana tempat sebab time tu memang busy and takde masa yang sesuai. Rasa sempat wish and potong kek aje kot.wuwuwu

3rd Anniversary, this year rasa macam special sangat sebab Munik buat surprise. Surprise Delivery KO! Dapat Fresh Flower and Cup Cakes. Dia tak dapat lah nak bagi depan-depan sebab time tu time kerja kan. PJJ camgini lah naseb badan. Siapa yang follow blog dari zaman dulu-dulu tahu lah yang aku ni memang gile dengan fresh  flower. Haha. Memang terkinja-kinja lah time dapat tu. 

Munik dah buat surprise. So, aku pun book lah deco deco dengan @Suprise Delivery ChocolateBear. Minta dorang buat deko-deko Candle Light Dinner sikit dekat Restaurant Panorama. Kira canteq jugak lah buat dekat sini sebab atas bukit dan suasana pun tenang je. Untuk deko-deko ni tak silap RM250. Untuk deko sahaja. Mintak dorang booked sekali dengan restaurant tu. Tapi takdelah rasa Candle Light Dinner sangat sebab hangkut sekali Aqeef Sufi. Munik bila ada Aqeef memang 100% lah tumpuan diberi sepenuhnya untuk budak kecik tu. Ai is Jeles! >.< 

Untuk kek pulak aku order dengan @youndacakes Area Tok Jembal. Premium Chocolate Cake. Mahal sikit compare to Secret Recipe. Tapi puas hati sebab sedap! Deko-deko pun lawa.

Apa-apa pun Untuk Wish Anniversary ni aku takde nak mintak banyak. Aku just Harap Hubungan Aku dengan suami berkekalan hingga ke akhir hayat dan aku dapat jadi seorang isteri yang selalu di samping suami saat susah dan senang. Saat Jatuh bangun.  Walaubagaimanapun Banyak lagi yang perlu aku perbaiki diri sendiri. 




Fresh Flower & Cup Cakes form Munik.
























13 December 2017

Im Back!

Ya Allah, lama betul tak update blog. Hari ni dah 13 Disember 2017. WHAT?? Aku dah jadi mama to Muhammad Aqeef Sufi bin Mohd Asmuny almost 2 year 4 month. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan Rahmat dan Rezeki MU ini.

Aku dan hubby masih lagi PJJ. Ya, PJJ dah masuk 3 tahun. Munik masih lagi di Ijok dan Aku masih lagi bekerja di UniSZA. Alhamdulillah dah 3 tahun jugak. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku dapat. Sekarang dah tahu nak handle masalah even kadang hangin jugak nak melayan kerenah manusia yang bermacam ragam.

Aqeef Sufi.

Ya Allah, dah macam ragam nak melayan kerenah dia. Anak manja papa. Mulut pun memang becok. Mengalahkan mulut murai. Ada je la idea die yang buat aku nak gelak. Tahun depan dalam masuk playschool. For your own good Aqeef. Tu je la yang mama dan papa boleh korbankan iaitu wang ringgit asalkan aqeef dapat belajar banyak benda dan bergaul dengan kengkawan. Aku try anta dekat ShowMe Kid Playschool. Private. Islamic. English. Based Education. So far lama jugak review playschool ni. Ingat nak hantar Little Caliph tapi tak lepas sebab next year AQeef baru 3 tahun. Little Caliph pengambilan 4 tahun. Takpe. Doa yang baik-baik. Moga jadi anak yang soleh sayang!

Now. at the same time, aku dah Jadi Senior Beauty Consultant Mary Kay tau. Part Time Job. Best dan enjoy. Dan aku juga adalah pengguna tegar Mary Kay. Memang betul betul dah jadi peminat setia Mary Kay. Best sangat pakai. Confident. Banyak Reward yang aku dapat bila jadi BC MK. Yang tu lain Entry akan dipublish. heeeeee



Aqeef Sufi ke Cameron Highland. Time ni umur 1 tahun. Baru boleh berjalan. Memang terkedek-kedek lah main kejar-kejar dengan dia.
haihhh




Time ni dan tumbuh 2 batang gigi bawah dan atas. Dah pandai Selfie macam mama. hahaha


Now dah 2 tahun. 



My Small Family. Love my Family very much.

  






18 April 2016

Rindu dekat blog

Assalamualaikum..
Ya Allah, lama giler tak update blog. Last post time mengadu manja-manja yang ai is pregnant!

Sekarang baby dah almost 7 month.. alhamdulillah hidup still bahagia bersama suami tersayang dan baby Muhammad Aqeef Sufi bin Mohd Asmuny.. alhamdulillah selamat melahirkan baby boy even terpakse ceaser...tak kisah lah tak normalkan asalkan baby yang dikandung selama 9 bulan selamat dilahirkan...

Now still lagi kerja UniSZA as penolong pendaftar. Banyak sangat ilmu yang dapat.. sekarang ni pun still lagi dalam proses belajar dan belajar. Stress, tension kena marah dah jadi normal tapi even hari hari stress dengan kerja tapi still bersyukur dapat bos yang sangat-sangat supportive.

And married life....

Still lagi long distance relationship.. tapi sejak sejak ada baby aqeef ni munik selalu jugak la balik sini.. kadang saje je die cakap rindu baby..padahal rindu mama jugak.. hehehee...

Hidup already complete and i'm really happy what i have....

My lovely husband and my adorable son!



Muhammad Aqeef Sufi 



Langkawi 3D Art




19 January 2015

6 Weeks!


hai.. sejak budak-budak ofis eh mak budak lah kot sebab semua ahkak-ahkak sangat. Aku je yang paling bongsu dekat office sini..Haaaa...lepas dorang tahu yang aku pregnant, hari-hari lah dorang tanya....... tak alahan ke? tak muntah?? tak pening-pening?? Aku dengan steady nya jawak TAK! TAK! okey je.. makan bukan main berselera.

Entahlaaaa. tanya pengalaman orang semua cakap time dorang pregnat, teruk sangat! ada yang takleh bangun terus, tak boleh bau ini bau itu, makan itu makan ini! so far, aku takdelah sampai tahap macam tu. mual-mual biasa lah.. kadang pening pun ada timing dia. dalam pukul1-2 petang gitu. kadang time nak balik keje, time nak drive dalam pukul5 lebih camtu mula la rasa pening-pening lalat. tapi okey lagi lah. Aku kalau boleh malas nak manja-manjakan badan sangat even sekarang rasa malas sangat nak pergi kerja. kan best kalau boleh duduk rumah jeeeeee.phew!

Alhamdulillah! syukur awal-awal ni boleh lakukan kerja macam biasa. tapi tak tahu lah hari-hari yang mendatang. tapi takpe, sakit kan penghapus dosa. boleh jugak nipiskan dosa yang ada.